SELAMAT DATANG KE ARFAHSHAHRIN

Thursday, June 5, 2014

Motivasi Dan Matlamat

Sekarang ni barang-barang semua mahal. Tambah-tambah lagi kalau duduk di bandar macam Kuala Lumpur ni. Nak tak nak, suami isteri kebanyakannya kena bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. Tapi upah jaga anak pun dah semakin mahal. Kalau ada tiga orang anak, mungkin dah sampai seribu lebih. Itu tak masuk barang-barang yang kena letak di tempat mengasuh lagi. Ambil orang gaji pun, macam-macam cerita. Macam saya sendiri pun dah serik nak ambil orang gaji. Dengan kos yang tinggi dan sebagainya, kita sebagai majikan pula yang pening kepala.

Disebabkan kos yang tinggi inilah ramai yang mencari-cari peluang untuk menambahkan pendapatan. Tapi ramai yang tak tahu nak buat apa. Malah ramai yang terus nak dapat duit sahaja, tapi bab nak kena berusaha tu kurang sikit. Dengar pula ada orang ajak masuk MLM la, lagilah dia dak nak. Malulah, tak pandailah dan sebagainya.

Bercakap pasal malu ni, saya teringat cerita Raja Kamil, salah seorang orang lama peniaga online yang saya suka ikut. Cerita beliau tu berkenaan orang yang menjual barang-barang kepada orang yang sedang makan-makan di gerai-gerai dan restoran. Bagi kita mungkin kita tengok orang yang menjual tu hanyalah pengganggu sahaja. Tambah-tambah kita tengah makan pula. Senang sahaja kita menyuruh mereka beredar.

Berbalik kepada cerita Raja Kamil (RK) ni, ketika beliau sedang makan ada seorang warga negara pakistan ni menghampiri beliau dan cuba menjual beberapa barangan. Disebabkan warga pakistan ini begitu bersemangat walaupun  pada mulanya dia malu-malu, RK pun biar sahaja dia menerangkan tentang perihal barangan jualannya. Sesudah itu RK ini pun bertanyalah kepada pemuda pakistan itu. Setelah itu barulah RK tahu yang rupa-rupanya ibu warga pakistan itu sedang sakit. Dia menjual barangan tersebut kerana mahu mencari dana untuk pembayaran bil hospital ibunya. Walaupun malu untuk menjual, dia usahakan dengan gigih. Ini kerana dia ada motivasi dan matlamat yang nyata.

Pengajarannya ialah, kita ni sebagai manusia kalau tak terdesak atau duduk dalam zon selesa, kita memang susah nak bermotivasi dan berusaha. Macam warga pakistan itu dia memang sudah ada matlamat yang jelas iatu mencari dana untuk pembayaran bil perubatan ibunya. 

Hehe, jadi kalau ada di antara anda yang teringin nak keluar dari zon selesa mungkin kami boleh tolong. Kalau anda pun memang suka nak menolong orang lain dan di masa yang sama nak tambah pendapatan bolehlah menghubungi saya ya. Bolehlah saya terangkan nanti apakah yang sesuai dengan anda.

No comments:

Post a Comment