"Sayang boleh tak abang nak pasang dua?" Itulah soalan yang saya ajukan kepada isteri tercinta, Siti Noor Arfah beberapa hari yang lepas. Dengan tenang beliau menjawab, "boleh abang, silakanlah".
Tuan-tuan dan puan puan yang dirahmati Allah sekalian, jangan salah faham ya. Saya cuma tanyakan pada isteri tersayang boleh atau tidak saya nak tambah satu lagi blog yang nak berkongsikan tentang produk shaklee. Sebelum ini isteri saya memang dah ada blog beliau yang tersendiri iaitu www.arfahumar.com. Tapi saya rasa tak adil, kalau saya tak ada. Nama pun hero Malaya, mana boleh kalah.
Kenapa nak kena ada sampai dua? Sebenarnya tujuan saya buka blog ini adalah nak berkongsikan pengalaman saya bersuamikan pengedar sah Shaklee ni. Saya juga nak berkongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya dengan shaklee ni. Kalau nak cerita pasal produk shaklee, terus terang saya tak pandai. Semua info produk yang ada dalam ni pun saya ambil bulat-bulat dari laman web shaklee. Kalau yang saya boleh ceritakan pun berkaitan dengan produk yang saya ambil sahajalah. Yang selebihnya kena tanya pakarlah, Cik Puan Siti Noor Arfah.
Banyak cabaran dia tuan-tuan dan puan-puan. Jangan ingat nanti kalau isteri dah berhenti kerja dan buat shaklee atau perniagaan sendiri, beliau tidak ada apa-apa untuk dibuat di rumah. Itulah juga kenapa saya nak berkongsi dengan anda supaya InsyaAllah masing-masing akan dapat lebih memahami.

Macam pakcik dan abang yang main golf pula, kalau ada sakit sendi ke, sakit pinggang ke rasanya lagi selesa kalau nak bercerita dengan saya. Jadi lebih senanglah kita nak membina hubungan melaui perkongsian pengalaman. Sayapun bolehlah berkongsi petua-petua dan teknik-teknik nak kurangkan sakit sendi dan sebagainya. Pada makcik dan kakak pula bolehlah berkongsi terus dengan isteri saya, Siti Noor Arfah.
Untuk abang dan kakak yang masih lagi 50-50 nak masuk shaklee ke tidak tu pun bolehlah saya pun kongsikan pengalaman saya. Saya dulu macam tu juga, tapi Alhamdulillah, sekarang ni sampai dah buka blog sendiri untuk berkongsi.
Saya juga nak ambil kesempatan ni nak menceritakan dan berkongsi pengalaman mengenai peluang nak menambahkan pendapatan dengan shaklee ni. Jadi kalau ada yang masih tercari-cari tentang nak tambah pendapatan tapi tak tahu caranya, bolehlah juga mengikuti perkongsian di blog ini.
Saya juga akan turut menyenaraikan kelas-kelas online dan offline yang boleh disertai bagi memantapkan ilmu pemasaran, perakaunan, pengurusan perniagaan. Jadi lebih mudah untuk kita semua. Saya juga akan turut menyenaraikan tempat cadangan untuk beriklan dan membuat promosi.

Semoga blog ini dapat berkongsi ilmu dan pengalaman yang berguna kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment