Nak berniaga ni susah, tambahan pula kalau jenis yang malu-malu dan susah nak buka mulut. Itu yang kadang-kadang tu produk dah berkualiti dan bagus tapi hasil jualan kurang. Jadi nak berniaga ni produk yang bagus juga belum tentu menjamin keuntungan yang tinggi. Proses pemasaran juga perlu dititikberatkan. Di bawah ini saya nak tunjukkan satu video mengenai satu teknik pemasaran yang sangat hebat. Sila tonton sampai habis ya. Boleh juga anda turut terhibur
Walaupun video tersebut hanyalah sebuah cerita kartun, tetapi tetap boleh ambil pengajaran tentang pentingnya proses pemasaran.
Antara ayat pemasaran 'power' yang dapat saya rangkumkan melalui video di atas ialah:
1. Abang jangan tengok harga yang tinggi, tetapi abang kena tengok pada diskaun yang kami beri, sehingga 90%. (Fokus pada diskaun atau kelebihan produk dan servis yang ditawarkan).
2. Mesin rumput tenaga hijau. Padahal ianya hanyalah seekor kambing (pentingnya proses penjenamaan sesuatu produk)
3. Tapi rumah saya takde rumput. Jangan risau kami datangkan sekali percuma benih rumput. (Pembeli akan lebih terkesan dengan hadiah percuma)
Jadi bagi yang baru mula berniaga tu , kenalah memperuntukkan sedikit wang bagi tujuan pemasaran. Sekarang ni terdapat lambakan produk yang sama di pasaran, jadi kita kenalah lebih kreatif sedikit memberikan servis yang terbaik dang mungkin beberapa tawaran yang berguna supaya pembeli memilih produk anda.
Pada yang berkemampuan mungkin boleh mengikuti kelas pemasaran yang banyak terdapat di pasaran. Kaji dan pilihlah kelas yang anda rasakan sesuai dengan anda mengikut kemampuan masing-masing. Macam mereka yang dah sertai shaklee ini, kadang-kadang ada upline sendiri mensubsidi kelas pemasaran untuk anda. Anda mungkin hanya perlu bayar sebahagian sahaja dai kos kelas tersebut. Itu adalah antara kelebihan bagi mereka yang sertai shaklee ni.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment