SELAMAT DATANG KE ARFAHSHAHRIN

Friday, June 27, 2014

HAti-hati menjdikan ensiklopedia internet sebagai rujukan perubatan

Zaman sekarang ni mudah sungguh nak dapat maklumat, semuanya di hujung jari, tekan sahaja terus dapat. Masalahnya apabila terlalu laju maklumat tersebut didapati, dikhuatiri informasi tersebut mungkin kurang tepat.
Apatah lagi zaman teknologi maklumat kini, apabila ada tanda-tanda nak dapat sakit, banyak darpiada kita yang terus mencari tanda-tanda awal penyakit di internet teutamanya wikipedia. Tetapi hati-hati ya pada siapa yang sumber informasi untuk kesihatan dia ialah wikipedia. Menurut satu kajian yang telah diterbitkan dalam Journal of the American Osteopathic Association, kebanyakan daripada sumber kesihatan yang terdapat di ensiklopedia di internet mempunyai banyak fakta dan maklumat yang tidak tepat.
Kajian itu telah dijalankan oleh 18 orang doktor di sekitar Amerika Syarikat. Menurut kajian mereka, daripada sepuluh artikel yang diterbitkan, sembilan daripadanya mempunyai kesalahan. Antara kesalahan yang dijumpai adalah berkaitan artikel kanser paru-paru, sakit sendi dan tulanbg, darah tinggi, masalah arteri, sakit belakang dan kencing manis.
Berdasarkan kajian tersebut, para pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa perlunya untuk memastikan bahawa informasi yang diperolehi disemak terlebih dahulu dan dirujuk dengan pakar perubatan. ironinya menurut kajian tersebut, 47% - 70% doktor dan pelajar perubatan mengaku mereka menggunakan ensiklopedia di internet sebagai sumber rujukan mereka. Sumber AFP Relaxnews. 
Jadi berhati-hati, tidak semua maklumat di internet itu tepat. Sebaik-baiknya jumpalah pakar perubatan untuk masalah kesihatan anda.

Inginkan supplemen? tetapi tidak tahu apa yang sesuai untuk anda? Kami boleh bantu anda untuk memilih. Sila hubungi kami di facebook: www.facebook.com/sitinoorarfah atau tinggalkan pesanan di borang pertanyaan.


No comments:

Post a Comment