SELAMAT DATANG KE ARFAHSHAHRIN

Wednesday, June 25, 2014

Penyusuan Badan di Bulan Puasa

Kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang topik yang biasanya dibincangkan oleh kaum Ibu. Memandangkan Bulan Ramadhan dah dekat saya rasa bagus juga kalau saya bincangkan sedikit mengenai penyusuan badan di bulan puasa. 

Apabila menjelan bulan puasa ni banyak perbincangan dan pendapat yang kita boleh dengar mengenai ibu yang menusukan anak di bulan puasa. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa berpuasa tidak akan mengurangkan bekalan susu badan, tetapi dehidrasi yang mengurangkan bekalan susu badan. Dehidrasi mungkin terjadi sekiranya para ibu yang menyusukan bayi mereka tidak minum air yang secukupnya sewaktu malam hari. Risiko dehidrasi semakin tinggi apabila para ibu yang menyusukan bayi mereka keletihan disebabkan pekerjaan seharian, menjaga anakk dan pelbagai aktiviti harian yang lain. Itu tidak termasuk dengan stres yang lebih mudah membuatkan para ibu yang menyusukan bayi mereka ini keletihan dan mengalami ganguan emosi.

Kebanyakan ibu memberi alasan bahawa bulan ramadhan merupakan penyebab mereka berhenti memberikan susu badan terhadap bayi mereka. Walau bagaimanapun sepatutnya menyusu badan ini tidak sepatutnya membebankan. Sebagai masyarakat Islam, kita sepatutnya menyokong dan membantu para ibu untuk terus menyusukan bayi mereka. Pelbagai langkah harus diambil bagi menjamin keselamtan bayi dan ibu yang menyusukan bayi mereka di bulan ramadhan supaya tidak memudaratkan kesihatan kedua-duanya.

Rehat yang mencukupi, diet yang sihat, pengambilan supplement tambahan dan sokongan berterusan daripada suami, keluarga dan kawan-kawan InsyaAllah akan membantu para ibu menikmati menyusukan bayi mereka di bulan ramadhan. InsyaAllah bertambah keberkatan bulan ramadhan buat para ibu ini.

Sedikit tips untuk para ibu yang menyusukan bayi mereka di bulan puasa:


Elakkan pengambilan kafein dan minuman berkarbonat


Ambil sayur dan buah segar sebanyak yang mungkin


Amalkan pembacaan Al Quran setiap hari untuk ketenangan


Selesaikan Kerja Rumah di malam hari


Amalkan Zikir, InsyaAllah Zikir mencegah kelaparan dan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah.


Elakkan atau jika tidak mampu kurangkan makanan pedas.


Minta suami bantu dalam urusan kerja rumah dan memasak serta menjaga anak-anak.


Rancang aktiviti untuk anak-anak anda supaya mereka sentiasa sibuk di waktu siang


Amalkan amalan sunnah ketika bebruka dan bersahur. 


Minta doa pada Allah supaya dipermudahkan.

Seterusnya anda juga boleh mengambil supplement di malam hari dan waktu sahur untuk menambah bekalan susu dan menambah tenaga anda :)


Sila hubungi Arfah Umar untuk memilih supplement yang sesuai untuk anda.

Sms/whatsapps: 012-5927912

Selamat menyambut bulan ramadhan

No comments:

Post a Comment