SELAMAT DATANG KE ARFAHSHAHRIN

Tuesday, June 17, 2014

Impian dan Pengharapan kepada Allah

Semua orang ada mimpi. Semua orang ada impian. Tetapi tak semua orang dapat capai impian dia. Kalau ikut kisah melayu dulu-dulu, cukup terkenal kisah Mat Jenin yang suka berangan ni. Ada impian itu tidak salah, kerana impian itu ibarat doa dan pengharapan kita kepada Allah untuk mendapatkan apa yang kita hajati.

Sebenarnya kuasa impian dan doa ini kuat sebenarnya. Dulu-dulu saya rasa semua ni 'poyo' sahaja. Malah kalau ada orang yang terlalu positif dengan impian dia, pasti saya yang akan mematahkan semangat orang itu dahulu dan mengembalikannya kepada realiti. tetapi semua itu berubah apabila saya menyertai suatu program NLP anjuran Master Firdaus (MariaFirdaus). Walaupun pada mulanya saya dipaksa pegi oleh isteri, akhirnya saya pula yang terlebih positifnya.

Di program tersebut, kami telah diminta untuk menyenaraikan 9 impian yang ingin kami capai pada tahun 2014 ini. Menariknya hampir semua impian itu sudah hampir saya capai dengan izin Allah. Jom saya kongsikan impian saya untuk 2014 ini:

\

Sekadar berkongsi, bagus sebenarnya senaraikan impian kita, kerana kalau kita tak buat, kita sendiri pun tidak berapa pasti apa yang kita inginkan sebenarnya. Macam nak beli barang di pasar raya, kalau tak tulis, banyak yang kita akan terlupa untuk membelinya. Sama juga seperti impian kita, kalau kita tak pasti, mungkin kita juga akan terlepas impian kita.

Walaupun impian saya untuk 2014 ni tidaklah sebesar mana, namun tidak juga mudah untuk saya capai kalau saya tak senaraikan dan yakin yang Allah akan tolong makbulkan impian saya ini. Dalam 9 impian tersebut hampir semuanya sudah mampu saya capai dengan izin Allah, walaupun ada beberapa daripadanya masih tidak konsisten. 

Syukur pada Allah yang telah membantu saya untuk mencapai semua impian tersebut. Tetapi kena ingat impian sahaja tidak cukup. Usaha kenalah juga dilakukan untuk mencapai impian kita. Seterusnya kena yakin yang Allah akan emmbantu kita mencapai impian kita. Jom sama-sama cuba.

Sekarang saya tengah mengimpikan isteri dapat kumpul mata conference secukupnya untuk beliau dan ibu mertua saya pergi Italy pada tahun depan pula. insyaAllah.

No comments:

Post a Comment